Perutusan

Selamat datang ke laman web rasmi PPWS.

Penubuhan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) telah membuka peluang kepada ahli-ahli PPWS daripada seluruh negeri untuk berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek/cabang ilmu, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti sosial, keusahawanan, pembinaan kapasiti wanita dan amal kebajikan. Pemantapan ilmu pengetahuan untuk kalangan ahli PPWS adalah melalui kursus-kursus pendek dan latihan. Segala aktiviti yang dirancang pastinya tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tiada kerjasama antara ahli-ahlinya. Walaupun sibuk dengan tugas seharian sama ada sebagai suri rumah atau bekerjaya, namun sedikit masa turut diluangkan untuk menyumbang kepada PPWS. Sudah pastinya masa yang diluangkan amat memberi erti kepada PPWS untuk terus maju dan sentiasa relevan, seiring dengan pembangunan Negara.