Berita Akhbar

Mangsa kebakaran terima bantuan daripada 11 cawangan PPWS Kabong, Saratok dan Roban

Untuk tujuan membantu meringankan beban mangsa terlibat, seramai 11 Pengerusi PPWS tampil bagi mewakili cawangan masing-masing untuk
menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa terlibat.

Mereka ialah Pengerusi PPWS Cawangan Kampung Sungai Endot Kabong, Noraini Binti Abdullah, PPWS Cawangan Kampung Hulu Kabong, Latipah Binti Sahari, PPWS Cawangan Kampung Hilir Kabong, Salahah Binti Golong, PPWS Cawangan Kampung Baru Kabong, Normah Binti Ahmadi, PPWS Cawangan Kampung Alit, Salbiah Binti Asga, PPWS Cawangan Kampung Sessang, Hajah Masina Binti Bakar (Timbalan Pengerusi), PPWS Cawangan Kampung Melayu Roban, Sayang Binti Salem, PPWS Cawangan Kampung Melango Baru, Hajah Razenah Binti Haji Sepawi, PPWS Cawangan Kampung Hulu Saratok, Hajijah Binti Hossen dan PPWS Cawangan Kampung Bunga Raya Saratok, Saadiah Binti Haron

Hadir sama pada sesi penyerahan bantuan ialah Ketua Kampung, Kampung Hilir Sungai Pala, Haini Salem.

Haini ketika ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana tampil memberi sumbangan serta sokongan moral kepada mangsa yang kini ternyata masih trauma selepas melalui insiden yang tidak dijangka dan telah memusnahkan semua harta benda di kediaman mereka dalam sekelip mata ketika kejadian kebakaran pagi Isnin lalu

Menurut Haini sumbangan kepada mangsa masih berterusan diterima daripada pelbagai pihak dan beliau katanya amat terharu dengan keprihatinan orang ramai yang begitu hebat dan tidak putus-putus tampil untuk menyalurkan bantuan.