Berita Akhbar

PPWS, JKPBSA Agih 400 Bungkus Bubur Lambuk

Sebanyak 400 bungkus bubur lambuk berjaya diagih kepada pengunjung serta masyarakat setempat bertepat di Bazar Ramadan, Sri Aman di sini kelmarin.

Program Pengagihan Bubur Lambuk sempena sambutan Bulan Ramadan ini anjuran bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Sri Aman dan Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman (JKPBSA).