Berita Akhbar

Suriyah Dilantik Sebagai Pengerusi PPWS Daerah Lawas 2021-2022 – UKAS (sarawak.gov.my)

LAWAS: Suriyah Jinin telah dipilih sebagai Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Daerah Lawas yang baharu menerusi Mesyuarat Agong Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Daerah Lawas (PPWS) yang diadakan di Dewan Tertutup Banting, Lawas pada Khamis. 

Dalam mesyuarat tersebut, seramai 68 perwakilan dari setiap kampung sebulat suara memilih beliau sebagai Pengerusi PPWS Daerah Lawas bagi penggal 2021 dan 2022. Dalam ucapannya, Suriyah merakamkan penghargaan dan terima Kasih kepada semua pengerusi perkumpulan dan ahli jawatankuasa yang telah hadir ke mesyuarat dan memilih barisan jawatankuasa PPWS Daerah Lawas 2021 dan 2022.

“Tahniah dan syabas kepada PPWS yang baharu ditubuhkan dan bersyukur kerana perkumpulan yang dulunya tidak aktif kini aktif semula.

“Ahli-ahli jawatankuasa yang baharu dilantik ini perlu sentiasa bertanggungjawab menjaga amanah dan nama baik perkumpulan wanita itu sendiri.

“Saya berharap agar pada tahun 2021 ini ada sinar harapan baru kepada semua perkumpulan dan bersyukur kerana pemimpin-pemimpin di Daerah  Lawas ini amat prihatin,” katanya dalam ucapan ringkas selepas selesai Pemilihan AJK Persekutuan perkumpulan Wanita Daerah Lawas Tahun 2021 dan 2022.

Berikut adalah AJK Persekutuan perkumpulan Wanita Daerah Lawas Tahun 2021 dan 2022:

Pengerusi: Suryah@Suriyah Jinin

Timbalan Pengerusi: Sahbah Sisa

Naib Pengerusi: Norhaini Abi

Setiausaha: Kartina Matusin

Bendahari: Kaunselor Takong Pengiran

Juruadit Dalaman: Aniratul Fzaira Annuar

Ahli Jawatankuasa Kecil:

1. Josnanti Tusin

2. Sini@Hamidah Dollah

3. Kasing Singa

4. Siti Zubaidah Kamis

5. Setiah Pandin