Berita Akhbar

Latipah Malik Juarai Pertandingan Bunga Anjuran PPWS Dengan Kerjasama Agro Bank Lawas – UKAS (sarawak.gov.my)

LAWAS: Latipah Malik muncul juara dengan mengalahkan 61 orang peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Bunga anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak Daerah Lawas (PPWS).

Tempat kedua dimenangi Erna Amira Adenan dan tempat ketiga Dayang Rozita Pengiran Tinggal serta tempat keempat hingga ke sepuluh menerima hadiah saguhati. 

Menurut Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas Suriyah Jinin, penganjuran program ini bertujuan mengeratkan tali silaturahim sesama tanpa mengira perbezaan kaum dan agama serta mendapat kerjasama dari Agro Bank Cawangan Lawas.

“Pertandingan juga memberi ruang dan peluang kepada ahli untuk mempamerkan hasil produk tanaman bunga yang semakin diminati ketika ini,” katanya semasa berucap merasmikan Pertandingan dan Jualan Bunga di Waterfront Pasar Besar Lawas pada Sabtu.

Hadiah-hadiah telah disampaikan Pengurus Agro Bank Cawangan Lawas Mohamad Rabau. -EDISI UKAS