Berita Akhbar

Program ‘Jom Gong Xi Fa Chai’ suburkan semangat muhibah dan kemesraan

LIMBANG: Program ‘Jom Gong Xi Fa Chai’ yang diadakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pulau Manangah Kampung Malagangai ternyata berjaya menyuburkan semangat muhibah dan kemesraan antara kaum yang sedia terjalin di daerah ini.

Pengerusinya Syamsul Bahrin berkata program de-ngan kerjasama Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Malagangai dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Malagangai julung kali diadakan di perkampungan Melayu itu turut me-raikan penduduk berbangsa Cina.

“Ternyata perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bukan saja disambut kaum Cinatetapi juga perayaan untuk semua.
“Masyarakat Cina turut diraikan dengan penganjuran program Jom Gong Xi Fa Chai selain memeriahkan sambutan TBC,” katanya pada program itu.

Syamsul berkata program itu mampu mengukuhkan hubungan silaturahim tanpa mengira agama dan bangsa sejajar dengan rakyat Sarawak yang hidup dalam harmoni dan bersatu. Pada majlis itu katanya, penduduk juga dirai dengan acara bunga api, nyanyian dan tarian selain acara pertandi-ngan ratu fesyen bertemakan pakaian tradisi masyarakat Malaysia bagi kategori kanak-kanak dan dewasa. “Lebih manis para jemputan juga berpeluang mempelajari budaya masyarakat Cina melalui perasmian sejenis makanan Cina iaitu Lao Sheng beramai ramai,” katanya. Hadir pada program itu ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Mohd Fakri Asmad, Ketua Kampung Malagangai Garib Bakar, wakil PPWS Limbang Sarinah Masi dan Pengerusi KRT Kuala Berawan Roslan Ismail.