Berita Akhbar

Norjanah Dilantik Pengerusi Negeri PPWS

Norjanah Haji Razali telah dipilih menjadi Pengerusi Negeri Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) untuk tempoh penggal bermula 2015 hingga 2018. Beliau dipilih menjawat jawatan itu semasa majlis serah tugas pengerusi dan ahli jawatankuasa yang diadakan di Auditorium, Jabatan Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Jawatan Timbalan Pengerusi dijawat oleh Aishah Edris sementara Hajah Hamimah Haji Hasbullah (Naib Pengerusi) dan Hajah Kamariah Haji Harmi (Bendahari).