SRI AMAN: Pemerkasaan ekonomi wanita terus menjadi keutamaan kepada Kerajaan Sarawak dalam menjaga kepentingan serta kebajikan golongan tersebut.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, aspek pemerkasaan ekonomi itu penting bagi bagi membolehkan golongan wanita menjadi lebih berdaya saing. Menurutnya, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan program berkaitan pemerkasaan ekonomi wanita. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Ke-57 di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman.
Turut hadir, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Lingga, Simoi Peri, Penasihat PPWS, Rugayah Abdul Majid dan Pengerusi PPWS Negeri, Dato Norhayati Mohd Ismail. Fatimah menambah, permantapan institusi keluarga juga penting dalam proses memacu ekonomi setempat dan negeri ini.
“Keluarga yang sihat, harmoni dan kukuh akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta pembangunan negeri,” ujarnya.