Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) kini dalam usaha mengumpul dana bagi pembangunan tanah di Rampangi di sini untuk membina sebuah bangunan PPWS.
Pengerusi Negeri PPWS Aishah Edris berkata, pembinaan bangunan berupa dewan itu pastinya dapat memberi manfaat kepada persatuan khasnya golongan wanita di negeri ini.
“Salah satu langkah yang akan dimulakan adalah dengan penganjuran Majlis Makan Malam Amal PPWS yang akan diadakan pada 1 Ogos nanti.