Berita Akhbar

PPWS Kampung Pabahanan jayakan pertandingan petanque tertutup

SEMANGAT KESUKANAN: Fariyana (tengah) dan ahli-ahli PPWS Pabahanan pada pertandingan petanque, baru-baru ini.


MENYEMAI aktiviti kesukanan antara objektif utama penganjuran pertandingan petanque tertutup anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Pabahanan di Limbang, baru-baru ini.

Pengerusinya Fariyana Ajmain berkata, pertandingan itu diadakan dengan kerjasama kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pabahanan.

Katanya, seramai 22 peserta memeriahkan pertandingan itu yang diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan persatuan itu.

“Program ini mampu membudayakan aktiviti sihat serta mengeratkan silaturahim sesama ahli,” katanya lagi.

Pada pertandingan itu, pasukan Mimah Cucah muncul johan sekali gus menerima RM200, tempat kedua dimenangi pasukan Anak Bapak yang membawa pulang RM160 manakala pasukan Redbull di tempat ketiga menerima RM120.