Berita Akhbar

500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penduduk

LIMBANG: Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penduduk kampung, pengguna jalan dan orang ramai sempena Program Agihan Bubur Pedas 2018 di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubong, JKKK Kampung Sungai Poyan, PPWS Sungai Poyan dan Jawatankuasa Surau Darussalihat Kampung Sungai Poyan.

Hadir mengagihkan bubur lambuk itu ialah Pegawai Pepaduan Bahagian Limbang, Fakri Asmat.

Turut hadir Penolong Pegawai Pepaduan Hashim Daimon, Penghulu Yusop Dollah, Pengerusi KRT Kubong Mohamad Azmi Jurut dan ahli jawatankuasa penganjur lain.

Menurut Fakri, program itu untuk mengimarahkan semangat pepaduan di samping bersedekah pada bulan Ramadan.

Bagi Penghulu Yusop, program itu berjaya merapatkan semangat muhibah di antara penganjur dan penduduk kampung dalam membudayakan amalan bersedekah.